Malaysia kutuk serangan bom di Mekah

najib_bom68

KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengebom bunuh diri berhampiran Masjidil Haram di Mekah emalam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Insiden itu dilapor mencederakan 11 orang termasuk 5 pegawai polis Arab Saudi.

Najib memanjangkan ucapan takziah kepada kerajaan Arab Saudi, rakyat dan keluarga mangsa yang terjejas akibat serangan itu.

“Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan di Tanah Suci umat Islam, takziah kepada kerajaan Arab Saudi, rakyat dan keluarga mangsa yang terlibat,” kata perdana menteri dalam catatan di laman Twitternya.

Najib berkata beliau kecewa dan sedih apabila mendapat tahu tentang kejadian itu namun bersyukur tiada rakyat Malaysia cedera.