Forum: Pemimpin Kristian perlu libatkan diri dengan pemimpin Islam

Maszlee-Malik-kristianKUALA LUMPUR: Seorang ahli akademi Islam menyeru kumpulan Kristian supaya lebih melibatkan diri dengan pemimpin Islam, bagi mengelakkan kontroversi akibat salah faham seperti dalam isu seruan mengharamkan Evangelikalisme Kristian.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) Maszlee Malik berkata usaha seperti itu boleh dilakukan tanpa perlu bimbang mengenai usaha untuk memasukkan seseorang ke agama baru.

“Gereja evangelikal perlu mula melibatkan diri dengan kumpulan Islam dan pihak berkuasa, tanpa elemen memasukkan seseorang ke agama baru,” katanya di forum anjuran badan pemikir Kristian Kairos Dialogue Network, yang turut disertai Bishop Emeritus Hwa Yung.

Maszlee berkata antara salah faham orang Islam di Malaysia ialah Kristian tempatan pro-Zionis, ideologi yang diamalkan kerajaan Israel.

Beliau menyeru lebih banyak dialog diadakan dengan tokoh Islam seperti Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Zulkifli Mohamad al-Bakri dan Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin, serta pertubuhan Islam seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma).

Badan hak asasi Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra) baru-baru ini mencetuskan kemarahan dalam kalangan kumpulan Kristian selepas ia menuduh evangelikalisme mengancam keharmonian agama di Malaysia.

Mengatakan gerakan evangelikalisme itu cenderung ke arah keterbukaan “tanpa kawalan”, kumpulan itu menggesa kerajaan menimbangkan untuk memperkenalkan undang-undang anti-evangelikalisme.

Bishop-Hwa-YungBercakap di forum hari ini, Bishop Hwa Yung berkata ada salah faham mengenai istilah “evangelikalisme”.

Beliau menjelaskan evangelikaslime bukan ideologi untuk menguasai dunia, dan menyangkal dakwaan ia menyokong Israel atau mahu memurtadkan orang Islam.

Beliau berkata salah untuk mengaitkan evangelikalisme tempatan dengan gerakan yang timbul di Amerika Syarikat pada 1942 di bawah Persatuan Evangelikal Nasional.

Undang-undang anti-evangelikalisme provokatif