Warga emas meninggal dunia ketika sertai FitMalaysia

FitMalaysia-PerakBAGAN DATUK: Seorang lelaki warga emas meninggal dunia ketika menyertai FitMalaysia Perak sempena Larian Obor Kuala Lumpur 2017 peringkat negeri Perak di Hutan Melintang hari ini.

Osman Oda, 65, dilaporkan pengsan sebaik terjatuh daripada basikal ketika menyertai acara berkenaan yang bermula kira-kira 7.00 pagi tadi.

Mangsa kemudian digegaskan ke Klinik Kesihatan Hutan Melintang untuk pemeriksaan lanjut oleh orang ramai namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak Supt Yahaya Hasaan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata butiran lanjut mengenai kematian mangsa akan dimaklumkan kemudian.