Lori tangki minyak meletup, 1 mayat ditemui

sabah-accidentMIRI: Sebuah lori tangki minyak meletup serta terbakar mengorbankan seorang individu dalam kemalangan yang berlaku pada 12.10 tengah hari di lampu isyarat Medan Central, Bintulu.

Ketua Polis Bintulu Supt Zailanni Amit berkata akibat kebakaran lori tangki minyak tersebut menyebabkan 5 kenderaan dan sebuah motosikal yang berhenti di lampu isyarat dari arah bertentangan turut terbakar.

“Semasa kejadian lori tangki minyak itu dari arah Kidurong menuju ke Tanjung Batu dalam keadaan agak laju,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Zailanni berkata semasa hendak membelok lori tersebut terlanggar pembahagi jalan hingga menyebabkan lori tidak stabil dan tumbang lalu menyebabkan muatan lori tersebut meletup.

Menurutnya, satu mayat ditemui di bawah sebuah kenderaan pacuan 4 roda Toyota Fortuner yang terletak bersebelahan dengan lori tersebut.