Kasut bomba lindungi anggota dari gigitan haiwan berbisa

bomba_ular_kasut_600

PETALING JAYA: Bomba menjawab dakwaan seorang wanita yang marah apabila anggota pasukan penyelamat tidak membuka kasut ketika operasi menangkap ular di rumahnya.

Bomba di Facebook semalam berkata menjelaskan kasut but khas itu sebahagian daripada peralatan perlindungan tubuh untuk operasi menyelamat.

Ia menjelaskan muncung bahagian hadapan kasut but itu diselaputi besi untuk mengelakkan kasut ditembusi taring ular berbisa.

“Anggota bomba biasanya meminta kebenaran tuan rumah untuk memakai kasut. Mereka bertimbang rasa dalam aspek keselamatan dan juga kebersihan rumah.

kasutbomba2“Jika menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap, mungkin anggota boleh membuka kasut tetapi tiada kompromi dari segi keselamatan bagi menangkap haiwan yang berbisa,” tulis pentadbir Facebook bomba, dan menambah pihaknya tidak salahkan wanita itu.

Beberapa hari lepas, seorang wanita mengkritik anggota bomba yang naik ke rumah ayahnya untuk menangkap ular tanpa menanggalkan kasut.

“Kepada abang-abang & pakcik-pakcik bomba kalau nak naik rumah orang untuk tangkap ular, boleh tak buka kasut…anda bukan polis nak kejar orang jahat.

“Datang tangkap ular rumah ayah…geramnya mereka tidak buka kasut naik ke rumah…alasan dalam tugas…gilakah bomba ini?” tulis di Facebook.