AmBank, RHB bakal muktamadkan penggabungan

Sulaiman-Mohd-Tahir-ambank-rhb1KUALA LUMPUR: AMMB Holdings Bhd dan RHB Bank Bhd berada di landasan untuk memuktamadkan rundingan penggabungannya.

Ketua Pegawai Eksekutif AmBank Group Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata beliau yakin kedua-dua bank terbabit akan dapat memenuhi tarikh akhir bagi perjanjian eksklusif itu pada 30 Ogos 2017.

“Ia masih dalam proses. Ia berada di landasan yang betul,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Hari Raya Credit Guarantee Corp Malaysia Bhd hari ini.

Terdahulu AMMB dan RHB Bank memperoleh kelulusan daripada Bank Negara Malaysia untuk memulakan rundingan bagi cadangan penggabungan itu yang melibatkan perjanjian semua saham.

Kedua-dua pihak memeterai perjanjian eksklusif untuk merundingkan dan memuktamadkan terma dan syarat cadangan penggabungan itu untuk diserahkan kepada pihak berkuasa kawal selia relevan.

Penggabungan itu, sekiranya menjadi kenyataan, akan mewujudkan bank ke-4 terbesar negara dari segi saiz aset.