Jangan politikkan Khairy sertai polo, kata aktivis Umno

Zulkarnain-Mahdar-Khairy-Jamaluddin-umno-bnKUALA LUMPUR: Penyertaan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam pasukan polo negara ke temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 perlu dilihat dari sudut positif, kata pengerusi aktivis Umno, Datuk Zulkarnain Mahdar.

Beliau berkata daripada mempolitikkan perkara itu, masyarakat sepatutnya melihat penyertaan Khairy sebagai wadah dan pemangkin semangat untuk rakyat Malaysia bersukan dan menjaga kesihatan.

“Kita tidak seharusnya melihat penyertaan Khairy untuk mencari publisiti murahan, Khairy sememangnya telah popular dalam kalangan anak muda di Malaysia serta mempunyai penyokong dan peminat tersendiri sejak memegang jawatan Ketua Pemuda Umno pada 2009 lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata matlamat besar Sukan SEA atau sukan lain di seluruh dunia adalah untuk memupuk semangat kesukanan dan penyertaan Khairy perlu disokong sepenuhnya tanpa mengira fahaman politik.

Zulkarnain turut berpendapat cabaran mempelawa skuad polo kebangsaan bertanding bagi menilai prestasi mereka dengan matlamat mencari kelemahan perlu diabaikan.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/07/11/tmj-terlebih-layak-untuk-polo-sukan-sea-kata-pengurus-pasukan/

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/07/10/tmj-cabar-skuad-polo-sukan-sea-lawan-pasukannya/

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/07/10/skuad-polo-tmj-akan-ke-kejohanan-dunia-di-argentina/