Trump kekalkan perjanjian Iran, tetapi ancam lebih banyak sekatan

trump

WASHINGTON: Donald Trump menjauhi sebuah kempen untuk membatalkan perjanjian keselamatan nuklear utama dengan Iran pada Selasa, dengan pihak berkuasa mengumumkan perjanjian itu dan penggantungan sekatan berkaitan dikekalkan buat masa ini.

Berdasarkan terma perjanjian berusia 2 tahun itu, Tehran perlu mengurangkan pengeluaran bahan membuat nuklear untuk menikmati penarikan sekatan besar-besaran.

Kerajaan Trump berdepan tarikh akhir Kongres pada Isnin untuk memutuskan jika Iran sudah menghentikan program senjata nuklearnya sejajar perjanjian itu.

Seorang pegawai yang White House enggan dedahkan namanya berkata “syarat itu belum dipenuhi, berdasarkan maklumat diperolehi Amerika Syarikat”.

Perjanjian yang ditandatangani pada 2015 itu tertumpu kepada satu siri penanda aras teknikal dan dianggap Washington sebagai satu cara mengelakkan tindakan ketenteraan bagi menghalang Iran mendapat nuklear.

Bagaimanapun, ia tidak mengurangkan ketegangan antara Tehran dan Washington, yang terus bercanggah khasnya mengenai konflik di Timur Tengah seperti Syria dan Yaman yang mempunyai pengaruh militia disokong Iran.

Ketika kempen pilihan raya presidennya, Trump mengutuk perjanjian yang dimeterai pada era Barack Obama, dengan berikrar akan mengadakan rundingan semula dan mengenakan tindakan tegas ke atas Iran.

Trump sudah 2 kali mengesahkan kepatuhan Iran sejak beliau menerajui AS – mengekalkan perjanjian itu dengan berkesan.

“Iran kekal satu daripada ancaman paling bahaya kepada kepentingan AS dan kestabilan serantau,” kata seorang pegawai White House.

Ramai daripada anggota Kabinet Trump pernah melawan militia yang disokong Iran ketika penaklukan AS ke atas Iraq.

Bekas tentera marin seperti Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, John Kelly dan Setiausaha Pertahanan, Jim Mattis masih teringat serangan Hezbollah yang disokong Iran ke atas berek tentera AS di Lubnan pada 1983.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/06/29/dilarang-masuk-as-kecuali-ada-ibu-ayah-suami-isteri-anak-menantu/

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/06/27/rakyat-6-negara-islam-dibenar-ke-as-tetapi-bersyarat/