Kes timbalan KP JPJ guna lorong kecemasan didengar semula

road_jpj_law_new600

PUTRAJAYA: Kes Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Yusoff Ayob yang menghantar pegawai khasnya untuk mengaku bersalah di Mahkamah Majistret bagi mewakilinya kerana memandu di lorong kecemasan, telah dikembalikan ke mahkamah.

“Kes itu telah dihantar balik ke mahkamah. Bagaimana anda boleh mengaku bersalah melalui wakil, kata Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif kepada pemberita pada majlis perjumpaan dengan kakitangannya yang diadakan serentak dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri Badan Kehakiman di Istana Kehakiman di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Datuk Sri Latifah Mohd Tahar berkata kes itu akan disebut di mahkamah pada 25 Julai.

Pada 18 Julai, Datuk Yusoff Ayob didenda RM600 oleh Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan memandu kereta dengan nombor pendaftaran “BLY 68” di lorong kecemasan di Lingkaran Putrajaya di Putrajaya kira-kira 6.27 petang pada 7 Oktober 2016.

Pada hari itu, Yusoff tidak hadir ke mahkamah sebaliknya menghantar pegawai khas beliau untuk mengaku bersalah bagi mewakilinya.

Dalam perutusannya kepada kakitangan, Raus menyeru mereka menerapkan prinsip keadilan dan integriti dalam budaya kerja mereka.

Beliau berkata kakitangan dan pegawai badan kehakiman perlu sentiasa jujur, adil, amanah dan telus dalam menjalankan tugas dengan integriti.

Beliau berkata kakitangan dan pegawai badan kehakiman perlu sentiasa jujur, adil, amanah dan telus dalam menjalankan tugas dengan integriti.

‘Kecemerlangan tidak mungkin diwarisi dan diperolehi tanpa usaha yang berterusan dan kerja keras,” kata beliau.

Raus berkata budaya kerja yang cekap adalah sejajar dengan inisiatif badan kehakiman yang memperkenalkan sistem dalam talian seperti e-Kehakiman Fasa 2 dan sistem e-Lelong yang akan dilancarkan pada 27 Julai.

Pegawai kanan JPJ didenda RM600 pandu di lorong kecemasan