Pindaan mahu lantikan tanpa had untuk ahli lembaga Poca

poca

KUALA LUMPUR: Bacaan pertama pindaan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca) dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Ia mahu memasukkan pelantikan semula ahli lembaganya tanpa syarat untuk sebarang tempoh masa.

Sebelum ini, ahli lembaga hanya boleh dilantik semula sekali untuk tempoh 3 tahun seterusnya.

Laporan media sebelum ini mengatakan lembaga itu terdiri daripada 5 ahli yang berfungsi sebagai badan bebas yang akan melantik pegawai siasatan dan menetapkan peraturan dan prosedur operasi standard tersendiri.

Pindaan ini juga mengenakan penalti bagi peranti pengawasan elektronik yang rosak atau hilang dan memberi kuasa kepada mahkamah untuk mengenakan hukuman penjara kepada mereka yang lalai membayar penalti tersebut.

Seksyen 10A yang baharu juga akan melihat pembebasan tahanan reman.

Ia memberikan kuasa kepada lembaga untuk membatalkan, menggantung atau melanjutkan perintah tahanan.

Pada 2014, dilaporkan Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Tambahan) 2013 yang diluluskan oleh Parlimen pada Oktober lalu membenarkan penjenayah ditahan tanpa perbicaraan sehingga 2 tahun.