PPBM – rahmat atau derita untuk Pakatan Harapan?

ppbm-ph-1

SHAH ALAM: Penganalisis politik tidak sependapat sama ada PPBM memberi manfaat akan menjejaskan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum nanti.

Ada yang mengatakan PPBM berjaya menarik sokongan orang Melayu terutamanya di kawasan luar bandar, yang sebelum ini tidak memberi hasil kepada PH.

Bagaimanapun, ada yang berpandangan sistem keanggotaan dwi-status parti itu yang mana ahli bukan Bumiputera boleh menyertai parti itu tetapi tidak boleh mengundi atau bertanding jawatan, mungkin akan memalingkan pengikut setia gabungan itu.

Bercakap di forum mengenai PH dan Barisan Nasional di Kumpulan Media Karangkraf hari ini, pensyarah Universiti Utara Malaysia Prof Azizuddin Mohd Sani, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Maszlee Malik dan Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi Wan Saiful Wan Jan membincangkan sama ada PPBM rahmat atau derita untuk PH.

Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi Wan Saiful Wan Jan
Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi Wan Saiful Wan Jan

Wan Saiful berkata adalah penting untuk memisahkan yang idealistik dari yang realistik dalam politik. Beliau berkata idealisme yang menyebabkan yang memalingkan majoriti pengundi.

“Dalam kes PH, apa yang ideal untuk ramai pengikut setia PH ialah melihat 4 parti komponen (Amanah, DAP, PKR dan PPBM) sama-sama kuat. Hakikatnya, keadaan itu akan menikam diri kerana majoriti orang Melayu mahu parti yang diterajui orang Melayu,” katanya.

“Sudah berdekad dan ramai orang Melayu masih bimbangkan perkara itu. BN cuma perlu kata DAP dan PPBM sama taraf dan PH akan akan tewas.”

Maszlee bersetuju dengan Wan Saiful tetapi berkata PH maklum akan perkara itu apabila ia mengumumkan barisan kepimpinan baharu gabungan dan dalam pada masa sama mengimbangi kebimbangan penyokong lama.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Maszlee Malik
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Maszlee Malik

“Sebab itu mereka letak orang-orang lama, ahli politik yang rakyat kenal dan tidak meletakkan ramai orang Cina.

“Barisan kepimpinan itu menunjukkan mereka sedar untuk memuaskan hati orang Melayu, mereka perlu angkat orang Melayu, tetapi dalam masa yang sama tidak lepaskan penekakan kepada politik majmuk.”

Awal bulan ini, PH mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua umum gabungan, dan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi gabungan. Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik presiden gabungan, dibantu Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM), Lim Guan Eng (DAP) dan Mohamad Sabu (Amanah).

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali dan rakan sejawat PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir dinamakan sebagai naib presiden, bersama Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen dan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub. Bekas timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah dinamakan sebagai ketua setiausaha.

Pensyarah Universiti Utara Malaysia Prof Azizuddin Mohd Sani
Pensyarah Universiti Utara Malaysia Prof Azizuddin Mohd Sani

Prof Azizuddin Mohd Sani bagaimanapun berpandangan PPBM memberi cabaran tersendiri kepada PH kerana parti itu bertentangan dengan konsep asal kemajmukan.

“PPBM menyertai gabungan itu bersama sistem keanggotaan dwi-status dan itu memberi ancaman serius kepada konsep kemajmukan.

“Sebelum ini, dalam Pakatan Rakyat, ada PAS. Parti Islam tetapi bukan parti Bumiputera.”

Peranan Dr Mahathir sebagai pengerusi PH juga tidak diterima baik oleh mereka yang setia kepada gerakan reformasi 1998 serta sesetengah penyokong PH daripada golongan bukan Melayu.

Maszlee bagaimanapun berkata PPBM mempunyai peranan yang jelas dalam gabungan itu. Selain “menghapuskan ketakutan” pengundi Melayu, PPBM dilihat sebagai parti yang boleh didekati dalam gabungan itu di mata pengundi luar bandar.

“Ambil Amanah sebagai contoh. Orang ramai kata Amanah parti yang baik terdiri daripada golongan profesional. Namun, golongan profesional dilihat sebagai elitis dan sukar didekati.

“Orang luar bandar merasakan hubungan dengan 2 parti ini: Umno dan PPBM. Sebab itu kita tidak boleh menafikan peranan PPBM dalam PH.”