Tony Pua desak Najib jelaskan surat sokongan rahsia ke-3 1MDB

tony-pua_1mdb_600_newKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan mengenai surat sokongan rahsia ketiga kepada 1MDB, yang disebutkan dalam saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).

“Melalui saman DoJ ini kita dapat tahu ada surat sokongan rahsia diberi kepada 1MDB pada September 2014 untuk pinjaman sebanyak AS$975 juta dari Bank Deutsche.

“Saman difailkan DoJ menyatakan ‘Malaysian Official 1’ (MO1) mewakili kerajaan Malaysia membekalkan surat sokongan kepada Bank Deutsche untuk pinjaman AS$975 juta,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Tony berkata beliau sudah menghantar soalan kepada Najib bagi mendapatkan penjelasan mengenai surat sokongan rahsia ke-3 itu namun ditolak Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Menurut Tony, soalannya ditolak kerana dikatakan suatu sangkaan.

Sebelum ini, Najib pada Mac 2016 menjelaskan hanya 2 surat sokongan dikeluarkan iaitu untuk terbitan bon 1MDB bernilai AS$3 bilion pada tahun 2013 dan jaminan kepada pinjaman AS$150 juta yang diambil dari Bank Exim pada tahun 2015.

Tony akan bertemu dengan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Hussin untuk mengesahkan adakah isu ini pernah dibincangkan di dalam Kabinet.

“Jika tidak pernah dibincangkan, peguam negara harus memulakan siasatan segera mengenai kemungkinan berlaku penyalahgunaan kuasa dan penipuan,” katanya.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/11/12/kenyataan-surat-sokongan-1mdb-adalah-benar/