MP wanita pernah ‘dihina’ kerana tudung kini duta Turki ke Malaysia

Merve-Kavakci-malaysia-ban-hijab-turki-dutaPETALING JAYA: Ahli Parlimen Turki yang diusir dari parlimen kerana bertudung dan kemudian dibatalkan kewarganegaraan atas tindakannya mencabar kerajaan berhubung isu itu, kini menjadi duta ke Malaysia, lapor Perbadanan Radio dan Televisyen Turki (TRT).

Merve Kavakci adalah ahli Parti Virtue ketika beliau dipilih menjadi ahli Parlimen Turki pada 1999. Dengan bertudung, Kavakci melangkah ke Perhimpunan Agung Besar Turki untuk mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Turki.

Kavakci diarah keluar oleh timbalan ketua Parti Demokratik Kiri (DSP) yang menghalangnya daripada mengangkat sumpah.

“Kemudian perdana menteri dan pengerusi DSP Bulent Ecevit menyampaikan ucapan di mana beliau berkata, ‘di sini (Parlimen) bukanlah tempat untuk mencabar negara. Tolong bawa wanita ini ke dalam barisan,” kata TRT mengenai peristiwa yang berlaku 18 tahun yang lalu.

Beliau kemudian diusir, dan selepas kewarganegaraannya dibatalkan, Kavakci telah pergi ke Amerika Syarikat (AS) dan menjadi rakyat AS.

Kelulusan Harvard dan menjadi profesor di George Washington University dan Howard University, sebelum memasuki adegan politik Turki, mungkin telah membantu beliau menjadi warganegara AS.

Rabu lalu, hanya 2 bulan selepas pentadbiran Erdogan mengembalikan kewarganegaraannya, Kavakci yang berusia 47 tahun dinobatkan sebagai duta ke Malaysia, menjadikannya negara Islam utama kedua selepas Iran menghantar seorang wanita sebagai duta ke Malaysia.

Pada November 2015, kerajaan Iran melantik Marzieh Afkham, bekas jurucakap dan ketua Pusat Diplomasi Awam dan Media di Kementerian Luar Negeri Iran, sebagai duta ke Malaysia.