‘Selangor dapat RM200 juta, tetapi tak naik taraf jalan negeri’

zahid-hamidi-jalan-selangorKUALA LANGAT: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa kerajaan Selangor tidak menambah baik kemudahan jalan negeri di bawah Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris) selepas menerima peruntukan lebih RM200 juta daripada kerajaan pusat.

“Digunakan untuk (tujuan) lain atau masuk dalam kantung khazanah negeri. Tapi jalan-jalan lebih teruk lagi. Pembangunan tiada yang baru.

“(Beri) bonus 2 bulan kepada kakitangan kerajaan (negeri). Kita ada 1.6 juta kakitangan di seluruh negara…mereka ada tidak lebih daripada 27,000 orang.

“Kita bagi dia duit, dia simpan tak belanja pun,” katanya semasa berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kuala Langat hari ini.

Timbalan perdana menteri berkata, kerajaan Selangor pimpinan Barisan Nasional dahulu membawa masuk lebih banyak pelaburan langsung asing ke negeri itu berbanding kerajaan sedia ada.

“Cuba buat kajian perbandingan zaman Khir Toyo dan sebelum itu berapa jumlah pelaburan asing berbanding selepas Khir Toyo.

“Memang benar mereka ada bawa masuk, tetapi lebih 73% pelaburan langsung asing ada di Selangor dibawa kerajaan BN terdahulu daripada mereka.

“Ya, betul mereka bawa 27%, tapi budak tadika pun tahu, 73% lebih banyak daripada 27%.”