Guru lebam pipi ditampar suami

abuse

SIBU: Seorang guru wanita berusia 35 tahun lebam di pipi kiri selepas ditampar suami di rumah kediaman mereka di Jalan Bruang di sini malam tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku 11.30 malam selepas pasangan itu bertengkar berkaitan cara mangsa menghidangkan makanan kepada anak-anak mereka.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahari Abdullah, suspek telah mencekik mangsa dan menamparnya 3 kali di pipi kiri sehingga menyebabkan lebam sebelum melarikan diri.

“Polis kini sedang berusaha mengesan suspek terbabit yang tidak bekerja dan dipercayai seorang penagih dadah,” katanya.