Zahid: Jangan politikkan insentif kepada jemaah haji

ahmad-zahid-hamidi-jemaah-haji-malaysiaPETALING JAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan kerajaan-kerajaan negeri tidak menjadikan pemberian insentif kepada jemaah haji sebagai senjatapolitik untuk meraih sokongan.

Sehubungan itu, timbalan perdana menteri membidas kerajaan negeri yang cuba menjadikan sebagai isu politik apabila membandingkan pemberian insentif RM500 pihaknya kepada jemaah haji dengan subsidi Lembaga Tabung Haji.

“Jangan politikkan soal ini. Kalau ada negeri beri RM500 alhamdulilah terima kasih, jangan bangga dengan hanya beri RM500 tetapi kerajaan persekutuan beri RM9,570.

“Ini ibadat. Bukan politik. Prinsip saya boleh bebeza pendapat boleh berbeza pendirian politik, dalam hal elhwal agama kita jangan gunakan agama untuk politik tetapi gunakan politik untuk perkuatakan agama.

“Itu pegangan yang harus ada pada kita,” kata beliau yang juga menteri dalam negeri pada majlis mengucapkan “selamat jalan” kepada jemaah Haji Malaysia di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya dekat sini hari ini.

Walaupun tidak menamakan negeri tersebut, Zahid dipercayai merujuk langkah Kerajaan Negeri Selangor memberi RM500 kepada jemaah haji negeri itu yang bakal menunaikan haji. Ia dilancarkan Julai lalu sebagai tanda kepedulian pentadbiran negeri dan MBI kepada bakal jemaah haji muassasah Selangor.

Zahid juga mengingatkan jemaah haji bahawa Malaysia antara yang termurah untuk mereka membayar kos untuk menunaikan haji.

ahmad-zahid-hamidi-jemaah-haji-malaysia-ms-1“Negara kita (jemaah haji) cuma bayar RM9,980. Kalau ada sebuah negeri yang memberi hanya RM500 kepada jemaah haji dan mengatakan pemberian itu terlalu bagus.

“Ingatlah apa Tabung Haji dan Kerajaan Persekutuan buat apabila subsidi diberikan, sebab faktor keuntungan dilaksanakan urusniaga tabung haji,” katanya di hadapan kira-kira 400 jemaah haji.

Empat ahli Kabinet dan seorang menteri besar turut bersama-sama 484 jemaah berlepas ke tanah suci hari ini. Mereka terdiri daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Rahman Dahlan; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omarf; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadzillah Yusof dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah bersama pasangan masing-masing.

Penerbangan menggunakan MAS KT112 adalah ke-2 terakhir dan akan tiba 9.10 malam waktu Mekah.