Letupan bom di Kota Damansara: 2 suspek direman 4 hari

Mohd-Zaini-Che-Din-letupan-damansara-ditahanPETALING JAYA: Dua suspek yang ditahan polis semalam akan direman 4 hari bagi membantu siasatan letupan bom petrol di sebuah kelab malam di Kota Damansara pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zaini Che Din berkata, 2 suspek lelaki berusia 30-an itu ditahan di Petaling Jaya, pada jam 5.30 petang semalam.

“Mahkamah Petaling Jaya membenarkan permohonan perintah tahanan reman selama 4 hari, mulai hari ini untuk membantu siasatan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian 4.15 petang Isnin lalu, seorang warga Bangladesh cedera dalam letupan yang dipercayai berpunca daripada bom petrol dilempar ke pintu masuk sebuah kelab malam di Kota Damansara.

Kelmarin, Zaini dilaporkan menolak kemungkinan serangan itu dilakukan pengganas, sebaliknya ia mungkin bertujuan mengugut pemilik premis terbabit.

Bagaimanapun, beliau semalam dipetik Sin Chew Daily tidak menolak kemungkinan serangan itu menyasarkan pengusaha lama yang pernah terbabit dalam pertikaian perniagaan.

Ini kerana, katanya, siasatan polis mendapati pengusaha kelab malam sedia ada baru mengambil alih perniagaan itu kira-kira 8 bulan lalu.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/09/04/polis-letupan-bom-di-kota-damansara-bukan-serangan-is/