PAS Selangor nafi diarah henti rundingan dengan PKR

Ahmad-Yunus-Hairi-pas-pkr-bendera-logo-malaysiaPETALING JAYA: PAS Selangor menafikan pimpinan pusatnya memberi arahan rasmi menamatkan semua bentuk rundingan dengan PKR.

“Saya tak pasti betul atau tidak, tapi memang tiada arahan daripada PAS Pusat untuk hentikan segala perbincangan sepenuhnya dengan PKR.

“Jadi, PAS Selangor bersedia berbincang dengan sesiapa pun demi kebaikan rakyat dan negara,” kata Timbalan Pesuruhjaya (1) PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi kepada Sinar Harian.

Beliau yang merupakan seorang daripada 3 exco PAS di Selangor berkata, rundingan yang dimaksudkan itu tidak terhad kepada persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pada 27 Ogos lalu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Khairuddin Aman Razali dilaporkan berkata, parti itu tidak akan mengadakan sebarang rundingan dengan PKR atau mana-mana pihak yang membawa imej Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi PRU14.

Beliau berkata, PAS hanya akan bekerjasama dengan parti dalam Gagasan Sejahtera yang dibentuk sebelum ini.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali pada 26 Ogos lalu berkata, rundingan pembahagian kerusi dengan PAS bukan inisiatif peribadinya, sebaliknya ia dibuat berdasarkan mandat parti.

Beliau dilaporkan berkata, rundingan “tidak rasmi” itu hanya membabitkan PKR dan PAS.

Jun lalu, Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata, parti Islam itu masih terbuka menjalin kerjasama dengan semua parti, termasuk PKR dan PPBM, tetapi bukannya Amanah dan DAP.

Bagaimanapun, beliau memberi syarat pelawaan itu terbuka kepada PKR dan PPBM, jika mereka memutuskan hubungan dengan Amanah dan DAP untuk menjatuhkan BN pada PRU14.

Mei lalu, PAS memutuskan kerjasama politik dengan PKR, menamatkan kerjasama hampir 2 dekad dengan parti berbilang kaum itu, selepas menuduh PKR melanggar syarat kerjasama politik.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/08/27/pas-tiada-lagi-rundingan-dengan-pkr-individu-wakili-ph/

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/05/11/hubungan-pas-pkr-tamat-serta-merta-kata-majlis-syura/