PBB: Korea Utara raih RM1.1 bilion seludup komoditi ke Malaysia
Pakar PBB mendakwa Pyongyang mengeksport arang batu dan keluli ke beberapa negara, termasuk China, Malaysia dan India dalam tempoh 6 bulan lalu.
China Press melaporkan pakar PBB yang dipetik Associated Press berkata, urus niaga itu melanggar resolusi sekatan PBB ke atas Korea Utara.
Menerusi laporan yang dikeluarkan pakar PBB yang bertanggungjawab memantau sekatan itu pada Sabtu lalu berkata, diktator Korea Utara, Kim Jong Un terus mengabaikan PBB dengan menggunakan pelbagai taktik bagi mengaut keuntungan daripada sekatan senjata api, perkapalan dan urus niaga kewangan.
Pyongyang berulang kali mencetuskan provokasi dengan melancarkan ujian peluru berpandu jarak sederhana dan antara benua.
Amerika Syarikat dan sekutunya di Eropah sedang mencari jalan bagi menyekat sumber kewangan Korea Utara untuk membangunkan senjata nuklear dan peluru berpandu.
Pakar PBB juga sedang menyiasat Korea Utara yang disyaki menjalankan aktiviti haram di Afrika dan Syria.
Pada 4 September lalu, Malaysia mengutuk ujian nuklear yang dijalankan Korea Utara sehari sebelumnya.
Wisma Putra berkata, ujian itu yang merupakan ujian ke-6 sejak ujian pertama dijalankan Korea Utara pada 2006, adalah pencabulan jelas terhadap resolusi Majlis Keselamatan PBB.
Pyongyang dilapor menjalankan ujian nuklearnya yang terbesar setakat ini, dengan mendakwa ia membangunkan bom hidrogen canggih boleh dipasang di atas peluru berpandu balistik antara benua.
Malaysia kutuk ujian bom hidrogen Korea Utara
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram