Anwar dijangka keluar HKL Jumaat ini

nurul-izzah_anwar_baru_600

PETALING JAYA: Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam, dijangka dibenarkan kembali ke Penjara Sungai Buloh, Jumaat ini.

Anak sulungnya, Nurul Izzah memberitahu FMT keadaan bapanya kini bertambah baik.

“Syukurlah. Malah, semalam beliau nampak lebih baik. Kami akan melawat beliau lagi hari ini.

“Kami belum terima laporan perubatan lengkapnya,” katanya dalam mesej teks kepada FMT hari ini.

Semalam, naib presiden PKR itu memaklumkan Anwar dikejarkan ke HKL pada jam 2 petang, akibat “tekanan darah tinggi tidak menentu”.

Katanya, Anwar juga memerlukan rawatan fisioterapi untuk kecederaan lama di bahu.

Ini adalah kali ke-2 Anwar dimasukkan ke HKL untuk rawatan tekanan darah tinggi, selepas 9 Mei 2016.

 

Pada Julai 2015, bekas ketua pembangkang itu dimasukkan ke hospital akibat otot bahu terkoyak dan sekali lagi pada Jun tahun lalu disebabkan sakit belakang.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh selepas disabitkan kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/09/19/anwar-dikejarkan-ke-hospital-kerana-tekanan-darah-tidak-stabil/