Suhakam: Etnik kecil akan pupus jika majoriti diam diri

Godfrey-Gregory-Joitol-suhakam-1PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) memberi amaran kumpulan etnik kecil di negara ini akan pupus secara beransur-ansur jika tiada tindakan diambil untuk menangani mereka yang cuba memaksa orang lain menerima amalan budaya mereka.

Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Gregory Joitol berkata, ada individu dalam kalangan kaum majoriti yang rasa bersalah terhadap amalan itu.

“‘Semua kaum berhak mengamalkan budaya masing-masing di Malaysia’ semakin tidak bermakna akibat tekanan besar daripada sesetengah individu dalam kaum majoriti,” katanya dalam persidangan hak budaya di Malaysia hari ini.

“Bagaimanapun, kami percaya masih ada majoriti pasif dalam golongan itu yang tidak memaksa orang lain mengamalkan budaya mereka.”

Beliau berkata, etnik kecil akan pupus jika majoriti ini kekal senyap.

“Di Sabah dan Sarawak, terdapat 32 kumpulan etnik kecil yang akan pupus jika rakyat Malaysia tidak bersuara, dan ini satu kerugian kepada semua rakyat Malaysia.

“Malaysia akan mendapat manfaat daripada pemeliharaan semua budaya kerana setiap kaum mempunyai nilai kuat yang boleh memberi pengajaran kepada semua.”

Turut hadir ialah seorang lagi Pesuruhjaya Suhakam, Gerald Joseph yang berkata, ia penting untuk berlaku adil kepada semua kumpulan etnik.

“Tiga puluh dua kumpulan etnik di Sabah dan Sarawak ini tentu memberi makna kepada Malaysia. Mereka perlu sama seperti anda dan saya.

“Tidak kira di mana anda tinggal, undi dan pendapat anda penting.”

Joitol berkata, walaupun Suhakam menggesa kerajaan menerima pelbagai konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak asasi manusia, termasuk konvensyen penghapusan diskriminasi kaum, usaha mereka belum membuahkan hasil.

Isnin lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggunakan alasan “sensitiviti politik” untuk menolak permohonan permit MyBeer Malaysia menganjurkan “Better Beer Festival 2017” di Solaris Damansara pada 6 hingga 7 Oktober ini.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/09/18/dbkl-tolak-permit-pesta-arak-di-solaris-damansara/

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/09/18/dap-pkr-mca-kecam-keputusan-larang-festival-arak/