Wisma Putra haramkan rakyat Malaysia ke Korea Utara

wisma-putraKUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dilarang ke Korea Utara sehingga diberitahu, kata Kementerian Luar.

“Keputusan ini dibuat berikutan ketegangan memuncak di Semenanjung Korea berhubung ujian peluru berpandu (Korea Utara).

“Larangan akan dikaji semula apabila keadaan kembali normal,” kata kementerian dalam satu kenyataan.

Untuk maklumat lanjut, rakyat Malaysia boleh hubungi kementerian di talian +603-8000 8000 (waktu pejabat) dan +603-88874570 (luar waktu pejabat).