Undang-undang ‘tauliah’ bolehkan kerajaan hadkan perbincangan agama

Azmi-Sharom-Law-on-accreditation-to-teach-Islam-1KUALA LUMPUR: Undang-undang yang mewajibkan penceramah memohon tauliah daripada pihak berkuasa agama membolehkan kerajaan mengehadkan sebarang perbincangan yang menyentuh topik tentang Islam, dan oleh itu menghehadkan kebebasan bersuara, kata Pengerusi Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaysia Azmi Sharom.

“Bahasanya terlalu luas,” katanya merujuk kepada Seksyen 11 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997. “Ia memberi kuasa luas kepada agensi kerajaan untuk mengawal perbincangan tentang apa sahaja berhubungan dengan Islam.

“Keadaan itu hanya menghalang sebarang perbincangan intelektual. Ini satu penghinaan kepada kebebasan akademik dan penghinaan kepada kebebasan bersuara,” kata Azmi pada sidang media hari ini bagi menunjukkan solidariti dengan Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) Dr Ahmad Farouk Musa yang berdepan dakwaan melanggar undang-undang itu.

Seksyen itu menyatakan mana-mana orang yang mengajar atau mengaku mengajar apa-apa perkara yang berhubungan dengan agama Islam tanpa tauliah adalah melakukan suatu kesalahan.

Azmi berkata “mengajar” dalam seksyen itu dan bahagian yang menyatakan “apa-apa perkara yang berhubungan dengan agama agama Islam” tidak ditakrifkan dengan jelas.

“Apa takrifan mengajar? Tidak ditakrifkan. Adakah perbincangan perbincangan itu mengajar? Tidak ditakrifkan. Apa maksud anda dengan ‘apa-apa perkara yang berhubungan dengan agama Islam’?

“Sebagai contoh, jika anda seorang guru dalam fakulti undang-undang dan mengajar undang-undang Islam, adakah itu bermakna anda tidak boleh mengajar tanpa kelayakan yang betul?” soalnya.

Azmi berkata akreditasi diberikan oleh jawatankuasa penyeliaan pengajaran agama di bawah Seksyen 96 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.

Jawatankuasa itu, yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, terdiri daripada seorang pengerusi dan sekurang-kurangnya 3 individu yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran.

Jawatankuasa itu diberi kuasa untuk memberikan akreditasi bagi tujuan mengajar mengenai apa-apa aspek Islam dan untuk menarik balik akreditasi itu.

“Keperluan dan perkara-perkara lain yang berkaitan berkaitan dengan pemberian akreditasi mengkut budi bicara mereka sepenuhnya, dan siapa yang mereka kecualikan daripada akreditasi,” katanya.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) baru-baru ini memanggil sarjana Turki, Mustafa Akyol, untuk disoal siasat kerana didakwa “mengajar agama Islam tanpa tauliah”.

Akyol di hari terakhir jelajah syarahannya di Malaysia anjuran IRF, apabila beliau ditahan pada 25 September di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan disoal siasat oleh Jawi.

Farouk juga disoal siasat kerana didakwa bersubahat dengan Akyol.

Farouk, yang diwakili peguam Rosli Dahlan, dijangka tampil di Mahkamah Syariah pada 4 Disember. Beliau merancang untuk memohon semakan kehakiman untuk mencabar tindakan Jawi dan larangan ke atas penerbitan IRF oleh kerajaan.