Adik bekas menteri persekutuan dipanggil SPRM berhubung kes seleweng dana

Raymond-Chong_sprm_600

KOTA KINABALU: Adik bekas menteri persekutuan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah bernilai RM1.5 bilion.

Menurut sumber, lelaki itu hadir di pejabat SPRM pagi ini.

Setakat ini 6 individu dipanggil SPRM, 5 daripadanya adalah 4 pemimpin parti politik dan seorang ahli perniagaan direman oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana berkenaan.