Seleweng RM1.5 bilion: Reman bekas timbalan setiausaha dilanjut 6 hari

tertuduh
Bekas timbalan setiausaha menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya kira-kira jam 9.15 pagi tadi dengan tangan bergari sambil diiringi pegawai SPRM.

PUTRAJAYA: Reman seorang bekas timbalan setiausaha menteri kemajuan luar bandar dan wilayah disambung 6 hari sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah berjumlah RM1.5 bilion.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh.

Sebelum ini, wanita berusia 40 tahun itu direman 6 hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bermula 6 Oktober lalu, untuk disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Dia yang ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada 5 Oktober lalu, dibawa ke mahkamah kira-kira 9.15 pagi tadi dengan tangannya bergari sambil diiringi pegawai SPRM.

Wanita berkenaan didakwa menyeleweng RM180 juta daripada dana berjumlah RM1.5 bilion itu.

Malam tadi, Hamid Apdal yang merupakan adik Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal, turut ditahan SPRM bagi membantu siasatan untuk kes sama. Hamid dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini untuk permohonan perintah reman.

Lima individu lain turut direman dalam siasatan kes itu, termasuk Naib Presiden Warisan, Datuk Peter Anthony, Ketua Pemuda Warisan, Datuk Azis Jamman, Ketua Pemuda Umno Tenom, Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda Umno Tawau, Ariffin Kassim.

Media sebelum ini melaporkan SPRM sedang memantau 350 projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang membabitkan dana awam bernilai RM7.5 bilion.

Projek berkaitan pembangunan prasarana air, elektrik dan jalan raya itu dilaksanakan di Kota Kinabalu, Kudat, Kota Belud, Ranau, Beaufort, Keningau, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan, mulai 2009 hingga 2015.

SPRM geledah rumah adik Shafie Apdal

Adik bekas menteri persekutuan dipanggil SPRM berhubung kes seleweng dana

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/10/10/ahli-politik-warisan-umno-sabah-direman-5-hari-kes-dana-rm1-5-bilion/wqqp

Seleweng dana RM180 juta: Bekas timbalan setiausaha kementerian direman