Imigresen tahan 7 pengemis di PJ

Jaimin-Sumpit-imigresen-tangkap-pengemisSHAH ALAM: Jabatan Imigresen Selangor menahan 7 warga Kemboja termasuk 3 kanak-kanak dalam operasi membanteras gelandangan dan pengemis warga asing di sekitar Petaling Jaya, Selasa lepas.

Ketua Unit Operasinya, Jaimin Sumpit berkata, dalam operasi bersepadu yang disertai polis dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu, seramai 4 wanita, 2 kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan berusia antara 3 bulan dan 76 tahun ditahan.

Semua mereka ditahan atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah di bawah Akta Imigresen 1959/63, katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, seramai 19 orang diperiksa dalam operasi itu iaitu 10 warga tempatan, 2 pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dan 7 warga Kemboja terbabit.

“Ada antara warga asing terbabit pernah ditahan sebelum ini kerana mengemis dan mereka dibawa ke pejabat penguatkuasa Jabatan Imigresen Selangor untuk siasatan lanjut.” katanya.