Dr Vida mengadu diabaikan walau tampil ‘cantik’

dato-seri-vida-gegar-vaganzafmt-ohsem-inside-article1Kecoh lagi di laman sosial Instagram milik diva kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman (Vida) susulan beberapa rakaman video yang dimuat naik menyuarakan ketidakpuasannya terhadap rancangan Gegar Vaganza oleh Astro.

Manakan tidak, sudahlah menjadi penaja utama, tapi pada sidang media yang berlangsung kelmarin, beliau langsung tidak diberi peluang menyampaikan ucapan malah namanya pun tidak disebut. Marah ke tidak?

Ekoran itu, 4 rakaman video berserta status panjang lebar dikongsi Vida untuk melahirkan rasa kecewa dengan kejadian itu.

Katanya, dia melabur berjuta-juta ringgit untuk program tersebut sebagai penaja tetapi langsung tidak diendahkan ketika majlis sidang media.

Beliau kecewa kerana walaupun hadir secantik-cantiknya tetapi tidak dijemput berucap pada sesi mengumumkan senarai artis musim baharu program realiti itu.

“Penganjur tak panggil saya bercakap sepatah pun. Saya tak puas hati, pengajur lain yang saya taja pun bagi bercakap mengenai produk sendiri,” katanya.

Bagaimanapun ini bukanlah kali pertama Vida berdepan situasi itu, sebaliknya hampir dalam setiap program yang ditaja, ada sahaja masalah sehingga pernah sekali Vida terpaksa merebut mikrofon dengan pengacara dalam program secara langsung.

Dalam pada itu, Vida yang hampir menangis dalam rakaman video itu berkata apa yang dilakukannya bukanlah gimik tetapi menyampaikan kekecewaan sebenar terhadap penerbit dan pengendali sidang media rancangan itu.

Sambil menayangkan baju dan dirinya yang sarat dengan aksesori, Vida berkata dia juga terpaksa menukar pakaian di tandas dan tidak disediakan bilik persalinan khas, semuanya untuk menghadiri majlis sidang media itu.

Malangnya beliau hampa selepas tidak diendahkan sepanjang majlis berjalan.

Seperti boleh diduga pula, mana-mana majlis membabitkan Vida, pihak terbabit pasti akan terima publisiti percuma menerusi laman sosial milik Vida sendiri apatah lagi apabila beliau tidak dihiraukan.

Segala gomelan dan rungutan pasti akan memberi nilai tambahan kepada beliau mahupun majlis yang dihadiri secara tidak langsung.

Hai… Vida… Oh… Vida…

https://www.instagram.com/datoserivida/?hl=en