Lelaki terkejut ‘pelacur’ ialah anak saudara sendiri

rape-asumPETALING JAYA: Seorang lelaki terkejut apabila mendapati pelacur yang dibawanya ke hotel ialah anak saudaranya berusia 14 tahun.

The Star melaporkan lelaki berusia 23 tahun itu memberitahu polis beliau tidak mengadakan hubungan seks dengan remaja berkenaan selepas mengetahui identitinya.

Namun, tidak jelas kenapa beliau tidak cam anak saudaranya sejak awal lagi.

Akhbar itu melaporkan lelaki terbabit ditahan pada jam 9.30 malam Isnin lalu, sementara ibu mangsa yang berusia 30 tahun itu ditahan pada 2.15 petang Ahad.

Pemilik pusat karaoke yang dikatakan bersubahat dengan wanita itu untuk menawarkan khidmat pelacuran remaja berkenaan, turut ditahan.

Menurut laporan, wanita berkenaan melacurkan anaknya untuk melangsaikan hutangnya.

Tindakan wanita itu terbongkar apabila ketua kampung mendapat tahu situasi remaja berkenaan, lalu membawanya membuat laporan polis.

Remaja itu memberitahu polis, seorang lelaki membayar RM1,000 kepada pemilik pusat karaoke itu sebelum merogolnya 3 kali di sebuah hotel.

Ibu dan pemilik pusat karaoke itu kini ditahan di Balai Polis Lawas. Mahkamah meluluskan perintah reman 7 hari ke atas lelaki terbabit.