5 polis kena tindakan, periksa warga asing tanpa kebenaran

Abdul-Rahim-polisKUALA LUMPUR: Lima anggota polis yang menjalankan pemeriksaan ke atas warga asing tanpa kebenaran di sekitar Dang Wangi di sini, akan dikenakan tindakan tatatertib.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata, amaran sudah diberikan berkali-kali kepada anggota polis, sebarang pemeriksaan ke atas warga asing harus dilakukan bersama Jabatan Imigresen.

“Kita akan ambil tindakan kepada mereka kerana ada pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan anggota yang terlibat dengan kesalahan memeriksa warga asing tanpa kebenaran.

“Kita tidak akan bertolak ansur dan akan ambil tindakan tegas terhadap mana-mana anggota apa pangkat sekalipun, jika terlibat dengan kesalahan itu,” katanya.

Lima anggota polis dari Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi dilaporkan disiasat kerana menjalankan pemeriksaan ke atas warga asing tanpa kebenaran sejak beberapa hari lalu di sekitar Dang Wangi.

3 polis dipindahkan selepas kena ‘tangkap basah’ dengan KPN