Isteri direman 6 hari kes suami mati ditikam

Knife-fightMUAR: Polis hari ini mendapatkan perintah mahkamah untuk mereman seorang wanita muda bagi membantu siasatan kes suaminya yang maut akibat ditikam dalam kejadian pada kira-kira 1.40 tengah hari di sebuah rumah di Sungai Abong di sini semalam.

Tempoh reman selama 6 hari sehingga 20 Okt terhadap wanita berumur 18 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Zuraidah Abu Bakar di Kompleks Mahkamah Muar di sini.

Terdahulu, wanita itu yang memakai pakaian lokap berwarna jingga dan bertudung hijau dengan tangan bergari tiba di pekarangan mahkamah kira-kira 8.40 pagi.

Wanita itu yang merupakan peniaga makanan dan suaminya yang berumur 28 tahun dan bekerja sebagai pemotong ayam di pasar berkahwin kira-kira enam bulan lepas.