Kahwin tanpa kebenaran isteri, lelaki dipenjara dan didenda

poligamyfmt-ohsem-inside-article1Akibat kahwin isteri nombor 2 tanpa izin isteri pertama, seorang lelaki dikenakan penjara 6 bulan dan denda Rp200,000 (RM8,000).

Mahkamah Rendah Lahore, Pakistan menjatuhkan hukuman itu menerusi Majistret Ali Jawwad Naqvi terus dihujani pujian oleh aktivis wanita memandangkan ia menyebelahi wanita mengikut Undang-undang Keluarga 2015.

Keputusan seumpama itu pertama kali diambil oleh mahkamah di Pakistan, petik Reuters.

Petisyen itu difailkan oleh Ayesha Bibi terhadap suaminya Shahzad Saqib yang berkahwin buat kali ke-2 tanpa kebenarannya.

Perkara itu ditegaskan sebagai kesalahan mengikut undang-undang.

Mahkamah juga menolak hujah lelaki yang akui tidak perlu meminta kebenaran isteri pertamanya memandangkan agamanya membenarkan dia berpoligami sehingga 4 isteri.

Majlis Ideologi Islam (CII) sebuah badan yang menasihati kerajaan berkenaan keserasian undang-undang dengan Islam kerap mengkritik peruntukan untuk suami mendapatkan kebenaran bertulis isteri sekiranya ingin berkahwin lagi.

Bagaimanapun, cadangan CII itu tidak terikat dengan undang-undang negara.

Keputusan itu dilihat memperkasa wanita di negara ortodoks Islam sekaligus memberi kesan baik kepada wanita.

Romana Bashir yang mengetuai pertubuhan bukan kerajaan, Yayasan Keamanan dan Pembangunan berkata, “Sungguh hebat apabila seorang wanita yang dianiaya, menggunakan undang-undang ini di mahkamah dan berjaya.”