Ribut petir dijangka landa P Pinang, Perak

metmalaysiametKUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang di Pulau Pinang dan beberapa daerah di Perak dijangka berterusan sehingga awal petang ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata daerah terbabit adalah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk serta Hilir Perak.