
Timbalan perdana menteri berkata, ia seperti dinyatakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang Jabatan Siasatan Jenayah Komersial akan melakukan siasatan jika mendapat permintaan rasmi.
“Laporan polis dibuat bagi menjalankan siasatan mengikut bidang kuasa yang ada pada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial,” katanya selepas merasmikan Karnival Planet Ummah Masjid Putra hari ini.
Semalam, RCI dalam laporan setebal 400 muka surat menyalahkan bekas penasihat BNM, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop atas kerugian RM31.5 bilion yang ditanggung bank pusat itu dalam urus niaga forex pada 1992 hingga 1994.
RCI itu turut mengesyorkan polis menyiasat bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas menteri kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli lembaga pengarah BNM, Jabatan Audit Negara dan Kementerian Kewangan.
Hari ini, Fuzi dilaporkan berkata, pasukan khas ditubuhan bagi melakukan siasatan lanjut berhubung kerugian urus niaga forex BNM.
Katanya, pasukan yang diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Amar Singh Ishar Singh itu ditubuhkan semalam sejurus laporan polis berhubung perkara itu diterima.
Semalam, Setiausaha RCI Forex pada 1990-an, Datuk Dr Yusof Ismail membuat laporan polis berdasarkan syor dan rumusan RCI mengenai kemungkinan berlaku pecah amanah dan penipuan dalam skandal berkenaan.
Kerugian forex 1990-an salah Nor Mohamed Yakcop, kata laporan RCI