
Pameran Koridor Penerangan yang diadakan sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) ke-71 mulai hari ini sehingga Sabtu ini di tingkat 2 Pusat Dagangan Dunia Putra, turut memaparkan kempen poster anti-pembangkang yang menyasarkan Pakatan Harapan (PH) dan DAP.
Turut hadir dalam majlis perasmian itu ialah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menggalas tugas timbalan presiden Umno, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa dan pucuk pimpinan tertinggi parti itu.
Perdana menteri kelihatan ceria ketika meninjau pameran itu.
Selain memaparkan kelemahan pembangkang, Koridor Penerangan yang julung kali diwujudkan itu turut memaparkan aktiviti Najib bersama pemimpin Umno dan rakyat sejak beliau menjadi presiden Umno serta perdana menteri.
Selain poster, tayangan video serta LED gergasi yang memaparkan segala bentuk penerangan di bawah seliaan Penerangan Umno turut disediakan untuk menangkis tohmahan pembangkang.