Razak Baginda gesa Umno puji, nasihat Dr M

Razak Baginda gesa Umno puji, nasihat Dr M

Penganalisis politik itu berkata, Umno patut mengiktiraf sumbangan bekas perdana menteri dan menasihatkannya menjauhi politik murahan.

razak-baginda_mahathir_umno_600
PETALING JAYA:
Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda menggesa Umno menggunakan perhimpunan agungnya untuk mengiktiraf sumbangan bekas presiden, Tun Dr Mahathir Mohamad dan menasihatkan beliau menghindari politik murahan.

Razak yang mengetuai badan pemikirnya, Pusat Hal Ehwal Sedunia (Icon), berkata orang ramai menjangkakan Umno akan mengecam bekas perdana menteri itu dalam perhimpunan agung tahun ini, tetapi beliau meminta parti itu menggunakan pendekatan lain.

“Semua orang menjangkakan perhimpunan itu akan mengkritik Dr Mahathir. Sudah tentu akan ada orang yang akan membidasnya, tetapi ia sangat memberangsangkan jika seseorang menggunakan nada berbeza.

“Dr Mahathir membangunkan Malaysia dan meletakkan negara di peta dunia, tiada apa yang beliau lakukan hari ini boleh mengubahnya. Adalah baik untuk melihat Umno mengakuinya.

“Saya ingin melihat seseorang naik ke pentas memuji Dr Mahathir untuk segala kebaikan yang dilakukannya dan berkata ‘kami harap anda akan memainkan peranan sebagai negarawan yang sangat dihormati’,” katanya kepada FMT.

Katanya, beliau mendapati malang bagi orang berkaliber seperti Dr Mahathir yang kini merupakan pengerusi Pakatan Harapan, membiarkan dirinya terperangkap dalam politik murahan.

“Beliau membazirkan bakatnya. Beliau bukan sahaja berada di puncak politik Malaysia, tetapi politik serantau. Semua orang kenal Dr Mahathir kerana beliau satu-satunya orang yang berani mengecam Amerika Syarikat dan Israel. Tiada orang yang berani berbuat demikian.”

Razak teringat Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) melantik Dr Mahathir sebagai perantara antara orang Iran dan Iraq ketika perang Iran-Iraq pada 1980-an.

“Beliau sepatutnya berada di luar sana sekarang mengecam banyak percanggahan yang berlaku di seluruh dunia kerana dunia dalam keadaan bercelaru,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.