Saifuddin jelaskan pilihan Dr M, Azizah sebagai PM, TPM sementara PH
Penularan gambar Dr M dan Anwar bersama isteri, Siti Hasmah dan Wan Azizah, dalam kalangan muda dan wanita mempengaruhi keputusan ini, kata setiausaha agung PH
PETALING JAYA: Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) Datuk Saifuddin Abdullah memberi penjelasan mengapa PH memilih Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon perdana menteri dan timbalan PM kerajaan PH.
Di Facebook hari ini, beliau percaya calon terbaik untuk memimpin kerajaan PH adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi Anwawr belum boleh dicalonkan.
“Siapakah calon pengganti DSAI? Seharusnya kombinasi Tun M-DSAI (merujuk kepada singkatan nama mereka),” katanya
Katanya “sejumlah anak muda” menyokong atau meminati sama ada Dr Mahathir atau Anwar.
Menghimpukan kedua-dua golongan anak muda itu adalah mustahak dan kombinasi Dr Mahathir dan Anwar juga mustahak untuk meraih sokongan wanita, tambahnya.
Katanya, penilaian ini adalah berdasarkan penyebaran gambar Mahathir dan Anwar bersama di mahkamah dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah bersama Datuk Dr Wan Azizah dalamkalangan muda dan wanita.
“Bagaimana dengan calon lain – iaitu yg lebih muda, tapi tetap mengekalkan kombinasi Tun M-DSAI? Ini boleh dibincang.,” he said.
Parti komponen PH – PKR, DAP, Amanah dan PPBM – sudah berbincang menamakan Dr Mahathir dan Dr Wan Azizah sebagai PM dan timbalan PM sementara jika PH memenangi pilihanraya umum seterusnya semasa perjumpaan PH pada Ahad lepas.
DAP, Amanah dan PPBM dilaporkan sudah bersetuju dengan cadangan ini tetapi PKR belum membuat keputusan akhir kerana masih berbincang dengan Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara.
Saifuddin berkata PH perlu menamakan calon PM sebelum pilihanraya seterusnya.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Dia berkata pendahulu PH, Pakatan Rakyat cuba untuk melakukannya sebelum pilihanraya umum ke-13 tetapi gagal kerana tiada kata sepakat tentang calon.