Polis masih tunggu maklumat rakyat Malaysia ditahan bawa dadah

Polis masih tunggu maklumat rakyat Malaysia ditahan bawa dadah

Polis Hong Kong belum memberikan maklumat lanjut yang diperlukan untuk tindakan selanjutnya di pihak Malaysia, kata KPN.

fuzi-harun_gari_600
KUALA LUMPUR:
Polis masih menunggu maklumat lanjut mengenai penahanan 6 orang rakyat Malaysia yang ditahan kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong baru-baru ini kerana cuba membawa masuk dadah bernilai hampir HK$4 juta (RM2 juta).

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata polis Hong Kong belum memberikan maklumat lanjut yang diperlukan untuk tindakan selanjutnya di pihak Malaysia.

“Kita juga telah menghubungi konsulat kita di sana dan konsulat akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada kami. Dan kami juga memerlukan kerjasama daripada rakan sejawat di sana,” katanya selepas Majlis Pelancaran Tabung Prihatin Pengaman Yayasan Pengaman Malaysia di Pusat Latihan Polis (Pulapol) hari ini.

Beliau ditanya pemberita mengenai ekstradisi 6 warga Malaysia itu yang ditahan semasa menyertai kumpulan pelancong ke wilayah China itu baru-baru ini.

Media tempatan melaporkan, 6 lelaki berusia antara 18 hingga 28 tahun itu ditahan untuk pemeriksaan di kaunter kastam sebaik tiba di Hong Kong dari Kuala Lumpur.

Menurut sumber, lebih 8kg dadah disyaki ketamin yang dianggarkan bernilai HK$3.9 juta ditemui dilekat pada tubuh 4 daripada mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.