
“Kami bersungguh-sungguh menolak cadangan Amerika Syarikat menjadikan Baitulmaqdis ibu negara Israel,” kata Ketua Kelab Umno London Ahmad Syazwan Shah Headan.
“Sebagai pelajar Malaysia di luar negara, kami sedar akan dasar asing yang dilaksanakan. Kmai telah menyaksikan kebangkitan Arab (Arab Spring).
“Ini yang kami tidak bersetuju. Ini akan membawa kepada provokasi,” katanya sebelum menangis teresak-esak ketika berdebat pada ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Umno 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Najib dan beberapa pemimpin Umno semalam mengutuk cadangan menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, sambil mengatakan Malaysia tidak akan bersetuju dengan perkara itu.