Kami tak alu-alukan naib presiden AS, kata pegawai Palestin

Kami tak alu-alukan naib presiden AS, kata pegawai Palestin

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dijangka tidak akan bertemu dengan Mike Pence semasa lawatannya pada hujung bulan ini.

Jibril-Rajoub
RAMALLAH: Seorang pegawai kanan Palestin berkata Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Mike Pence “tidak dialu-alukan di Palestin” menjelang lawatan serantaunya, selepas White House mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Naib presiden AS tidak dialu-alukan di Palestin,” kata Jibril Rajoub, pegawai kanan Presiden Palestin Mahmoud Abbas kepada AFP semalam.

Rajoub juga memberi isyarat Abbas tidak akan bertemu dengan Pence semasa lawatannya pada hujung bulan ini.

“Presiden Abbas tidak akan mengalu-alukan kedatangan beliau kerana kenyataannya mengenai Baitulmaqdis.”

Abbas belum membuat komen sama dan pejabatnya juga tidak dapat dihubungi.

Semalam, White House memberi amaran pembatalan mesyuarat yang dijadualkan antara Abbas dan Pence susulan perubahan dasar AS ke atas Baitulmaqdis adalah “tidak produktif”.

Tindakan Presiden AS, Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel Rabu lalu mencetuskan kemarahan pemimpin Palestin, tetapi disambut baik Israel sebagai keputusan bersejarah.

Langkah ini disokong sepenuhnya Pence.

Abbas berkata tindakan Trump menyebabkan AS hilang kelayakan dalam peranan tradisinya sebagai pendamai dalam konflik Timur Tengah.

Pence dijadualkan mengadakan lawatan rasmi ke Israel dan wilayah Palestin beberapa hari menjelang Krismas.

Trump secara rasmi iktiraf Baitulmaqdis ibu negara Israel

Protes di kedutaan Saudi, bukan AS, kata pengarah IRF

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.