Orang Melayu tidak agresif, takut tingkat ekonomi, kata usahawan muda

Orang Melayu tidak agresif, takut tingkat ekonomi, kata usahawan muda

Pengusaha butik Fashion Valet, Vivy Yusof berkata, orang Melayu tidak berani bersuara dan merasakan sudah cukup dengan pemberian Allah.

usahawan-wanita
Pemilik Fashion Valet, Vivy Yusof dan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Muaamar Ghadafi Jamal Jamaluddin di dalam Bicara Orang Muda bersama Ikon Orang Muda di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Daganagan Putra Dunia (PWTC).
KUALA LUMPUR:
Seorang usahawan wanita berkata ekonomi Melayu masih lemah kerana orang Melayu tidak cukup agresif dan tidak berani meningkatkan ekonomi mereka.

Pengusaha butik Fashion Valet, Vivy Yusof berkata, beliau mendapati perkara itu sejak beliau terlibat dalam dunia keusahawanan.

“Saya kerja keras naikkan nama Melayu. Bila pergi ke dalam kalangan ahli perniagaan, rata-rata daripada kaum lain. Orang Melayu boleh kira.

“Mana yang lain? Mereka tidak berani nak bercakap dan ada rasa Allah bagi begini dan rasa sudah cukup. Mereka tak agresif,” katanya dalam program Bicara Orang Muda bersama Ikon Orang Muda di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini, di tepian Perhimpunan Agung Umno ke-71.

Fashion Valet (www.fashionvalet.com) adalah gedung online tempatan yang mengumpulkan 300 jenama hebat dalam dan luar negara.

Vivy berkata orang Melayu perlu agresif dan berani agar lebih kuat untuk meningkatkan ekonomi mereka.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2018 mengumumkan peruntukan RM555 juta untuk program peningkatan keusahawanan Bumiputera yang terdiri daripada Program Keusahawan dan Premis Perniagaan PUNB, Program Pembangunan Keusahawan MARA, Program Tunas Usahawan Belia, Skim Usahawan Permulaan Bumiputera dan Skim Anjakan Usahawan.

Najib berkata ia sebahagian daripada RM3.5 bilion yang diperuntuk untuk agenda pemerkasaan Bumiputera.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.