2 termasuk kanak-kanak mengaku rompak dengan pisau

2 termasuk kanak-kanak mengaku rompak dengan pisau

Mahkamah tetapkan 9 Januari depan untuk jatuhkan hukuman sementara menunggu laporan sosial Muhammad Imran Afiq dan laporan akhlak bagi kanak-kanak12 tahun itu.

rompak-pisau
KUALA LUMPUR: Dua rakan termasuk seorang kanak-kanak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merompak pelajar 15 tahun dengan bersenjatakan sebilah pisau bulan lepas.

Muhammad Imran Afiq Mohd Irewan, 19, dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 9 Januari depan untuk menjatuhkan hukuman sementara menunggu laporan sosial bagi Muhammad Imran Afiq dan laporan akhlak bagi kanak-kanak berusia 12 tahun itu.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama 4 lagi yang masih bebas didakwa melakukan rompakan bersenjatakan pisau ke atas Muhammad Nurfattah Alauddin Faizul Muzzafar, 15, dan mengambil wang tunai RM34 milik remaja itu di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah pada 1.40 tengah hari 22 November lepas.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 395 yang dibaca bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.