
Namun begitu, Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau sedia dicalonkan kalau rakyat terdesak dan gabungan pembangkang tidak dapat mencari calon lain.
“Mungkin lelaki berusia 93 tahun ini boleh menjadi calon,” katanya kepada pemberita selepas sidang media Pakatan Harapan di ibu pejabat PKR hari ini.
Media sebelum ini melaporkan PH sepakat melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizan Wan Ismail sebagai timbalan sekiranya menang PRU14.
Kesepakatan itu dicapai selepas cadangan menamakan 2 pemimpin berpengaruh itu dikemukakan pada permukiman PH yang diadakan pada Jumaat dan Sabtu lalu di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.
Beberapa pemimpin pakatan itu mengesahkan cadangan tersebut ada dibuat pada permukiman tersebut dan hanya menunggu restu Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.