Curi permainan, pakaian bayi, ibu 2 anak dipenjara

Curi permainan, pakaian bayi, ibu 2 anak dipenjara

Wanita yang bekerja sebagai jurujual barangan elektrik itu dipenjara bermula hari ini dan akan dipenjara 45 hari lagi jika gagal membayar denda.

women_jail_6001
PETALING JAYA:
Seorang ibu 2 anak dipenjara sehari dan denda RM1,300 oleh Mahkamah Majistret atas pertuduhan mencuri permainan dan pakaian bayi bulan lepas.

Majistret Salamiah Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas Bok Jen Nee, 37, mengaku bersalah atas pertuduhan mencuri beberapa permainan dan pakaian bayi bernilai RM250.95 milik sebuah pasar raya, jam 8.15 malam pada 18 November lepas.

Wanita yang bekerja sebagai jurujual barangan elektrik itu dipenjara bermula hari ini dan akan dipenjara 45 hari lagi jika gagal membayar denda.

Bok didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Peguam Muhammad Syazwan Hasan, yang mewakili wanita itu, merayu hukuman penjara dan denda yang minimum dengan alasan tertuduh benar-benar insaf dan masih lagi menyusu bayinya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Mary Phoon Keat Mee memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran ke atas tertuduh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.