
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata guru sekolah rendah itu yang mengajar di sebuah sekolah di bandar Miri adalah dari Sabah, dan belum kembali ke Sarawak.
“Kita sudah menetapkan tarikh untuk beliau tampil (untuk disoal siasat) apabila kembali ke Sarawak,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Setakat ini, 3 laporan polis dibuat terhadap guru berusia 37 tahun itu yang menghina Islam ketika memberikan komen berkaitan Islam dan pengiktirafan Baitulmaqdis oleh Amerika Syarikat sebagai ibu negara Israel, yang mengundang kemarahan netizen.