31 individu ditahan dalam Operasi Cantas kongsi gelap

31 individu ditahan dalam Operasi Cantas kongsi gelap

Operasi oleh Jabatan Siasatan Jenayah Johor itu menyasarkan premis atau pusat hiburan yang menjadi tempat pertemuan ahli kongsi gelap.

polis_gari_geng_600
JOHOR BAHRU:
Polis Johor menahan 31 individu atas pelbagai kesalahan menerusi 21 serbuan Operasi Cantas Khas tengah malam tadi hingga pagi ini bagi membanteras kegiatan kumpulan kongsi gelap di negeri ini.

Menerusi catatan Facebook, Polis Johor memberitahu semua mereka ditahan setelah pemeriksaan dilakukan terhadap 257 individu mulai 12 malam hingga 6 pagi tadi.

Operasi oleh Jabatan Siasatan Jenayah Johor itu menyasarkan premis atau pusat hiburan yang menjadi tempat pertemuan ahli kongsi gelap.

Ia dilaksanakan bagi membanteras dan mengekang serta melumpuhkan kegiatan jenayah kekerasan, jenayah jalanan dan jenayah bersindiket yang melibatkan semua jenis elemen jenayah.

Polis Johor turut menegaskan ia akan membenteras mana-mana kumpulan yang cuba menimbulkan kekacauan dan ketakutan kepada masyarakat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.