Bakar teman wanita, lelaki di San Francisco dipenjara 27 tahun

rape-court-jail

SAN FRANCISCO: Seorang lelaki dari Bayview, San Francisco di pantai barat Amerika Syarikat (AS) dihukum penjara 27 tahun pada Khamis kerana membakar teman wanitanya pada 2013, lapor agensi berita China Xinhua.

Dexter Oliver, 27, yang bakal menjalani hukuman itu di sebuah penjara AS, menyerang teman wanitanya, Starr Lamare, pada 6 Januari 2013 selepas pertengkaran berkaitan pakaian di sebuah kedai dobi berbayar berhampiran rumah mereka di Bayview.

Semasa pergaduhan itu, Oliver mengisi 2 botol susu dengan gasolin dan menuangkannya ke seluruh badan Lamare sebelum membakar mangsa.

Lamare mengalami kecederaan parah yang menyaksikan sebahagian besar muka dan bahagian atas badannya terbakar.

Oliver telah diberkas di Oakland yang terletak di timur laut San Francisco, sehari selepas kejadian dan didakwa dengan pertuduhan cubaan membunuh serta melakukan perbuatan khianat dengan api.

Dia mengaku bersalah atas pertuduhan cuba membunuh Lamare pada November tahun lepas.