Amanah mahu lebih banyak kerusi DUN

mat-sabuSHAH ALAM: Presiden Amanah, Mohamad Sabu berharap kepimpinan Pakatan Harapan (PH) akan memberi lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada parti itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, pihaknya akan berunding dengan pimpinan PH berhubung perkara itu.

“Ya, kita akan runding untuk dapat lebih kerusi DUN pada PRU14 nanti,” katanya kepada ditemui pada Konvensyen PH 2018 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) hari ini.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan PPBM akan bertanding di 52 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, PKR (51 kerusi), DAP (35 kerusi) dan Amanah (27 kerusi).

Mengulas lanjut, Mat Sabu berkata, pihaknya bersikap terbuka kerana banyak lagi rundingan pembahagian kerusi akan menyusul.

“Terdapat banyak lagi rundingan kerusi sedang dijalankan, termasuk melibatkan Sabah dan Sarawak.”