Azalina tak yakin pengundi muda tertarik calon PM ‘kitar semula’

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said pada sidang medianya di Majlis Lawatan Rasmi di Wisma Amanah Raya, Jalan Ampang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said pada sidang medianya di Majlis Lawatan Rasmi di Wisma Amanah Raya, Jalan Ampang.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Azalina Othman Said yakin pengundi muda tidak akan tertarik ddengan calon perdana menteri “kitar semula” yang diketengahkan Pakatan Harapan (PH) semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata pembangkang dilihat terdesak untuk mendapat undi sehingga terpaksa memilih Tun Dr Mahathir Mohamad sedangkan mereka mempunyai pemimpin muda yang berkebolehan.

“Saya kata banyak kali bahawa PH parti kitar semula sebab kitar semula bekas pemimpin Umno.

“Jadi saya kesian pada PH, sebab dia banyak pemimpin yang kemungkinan ada kebolehan. Saya lihat dalam Parlimen ramai muka-muka muda yang boleh bahas…saya tidak tahu kenapa tidak ketengahkan mereka,” katanya pada sidang media selepas majlis lawatan rasmi di Wisma Amanah Raya, Jalan Ampang.

Menteri-di-Jabatan-Perdana-Menteri-Datuk-Seri-Azalina-Othman-Said-di-Majlis-Lawatan-Rasmi-di-Wisma-Amanah-Raya-Jalan-Ampang-mPH semalam mengesahkan Dr Mahathir dipilih sebagai calon perdana menteri, jika gabungan 4 parti pembangkang itu memenangi PRU14.

Ketua Setiausaha Sekretariat PH Datuk Saifuddin Abdullah turut mengumumkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi timbalan perdana menteri.

Azalina mengingatkan pembangkang supaya tidak menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekiranya dikecewakan pada PRU nanti.

“Saya nak ingatkan PH kalau tak menang besar dia salahkan SPR tak adil. Ini masalah PH. Agaknya dia tahu tak menang, dia kitar semula kepimpinan,” katanya.

Sementara itu, Azalina menggesa rakyat berhati-hati dengan helah pembangkang yang tidak ikhlas memperjuangkan nasib rakyat sehingga sanggup memilih calon “kitar semula”.

“Mereka nak ketengahkan calon kitar semula mungkin kerana tidak yakin dengan pemimpin sedia ada…kalau pakai pemimpin kitar semula, maknanya PH ini tidak ada harapan,” katanya.

Azalina menambah Barisan Nasional (BN) lebih mementingkan masa depan anak muda, sebagai contoh Transformasi Nasional 2050 (TN50), untuk memberi peluang kepada generasi anak muda memimpin negara kelak.

“Bagi saya generasi muda lihat pada masa depan. Saya tak lihat generasi muda tertarik dengan pemimpin ‘kitar semula’ dan polisi PH,” katanya.

Pemuda PH pada konvensyennya semalam menjanjikan siaran perlawanan bola sepak antarabangsa termasuk Liga Perdana Inggeris di RTM, jika pembangkang memperoleh mandat mentadbir negara selepas PRU14 nanti.