PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menyerbu rumah Ahli Parlimen Nga Kor Ming dari DAP, serta pusat khidmat rakyat and kediaman ibu bapanya.
Difahamkan pegawai SKMM turut merampas telefon bimbit dan komputer riba beliau.
Sumber DAP di Perak mengesahkan serbuan itu kepada FMT, dan menambah ahli Parlimen Taiping itu sekarang ini berada di Balai Polis Sungai Senam.
Nga berkata tindakan SKMM hari ini ada kaitan dengan komen yang kritikal terhadap kerajaan yang disiarkan di media sosial, dan menambah beliau dimaklumkan SKMM melakukan siasatan bawah Seksyen 233(1) Akta SKMM, kerana penggunaan tidak wajar kemudahan internet.
Catatan terbaharu Nga di Facebook memaparkan gambar seekor monyet, mengecam Umno kerana kenaikan harga minyak semalam.