3 maut, 8 cedera bom meletup di Yala

thailand2YALA: Tiga orang disahkan terbunuh manakala sekurang-kurangnya 8 cedera setakat ini apabila sebutir bom meletup di sebuah pasar di wilayah bergolak Yala, selatan Thailand hari ini.

Ketua Polis Yala Mej Jen Krisada Jandee yang mengesahkan kejadian itu berkata, insiden berlaku di Pasar Pimonchai yang terletak di tengah-tengah bandar Yala ketika pelanggan sedang sibuk membeli barangan keperluan.

“Dua daripada mangsa terbunuh di tempat kejadian, manakala mangsa ke-3 pula maut ketika di hospital,” katanya kepada pemberita hari ini. Bilangan mangsa yang cedera dijangka meningkat.

Pergolakan bersenjata di selatan Thailand terutamanya di wilayah Yala, Pattani dan Narathiwat bermula awal tahun 2000 sehingga kini menyebabkan lebih 7,000 mangsa terbunuh manakala ribuan lagi cedera.